KAPTEN Barcelona, Lionel Messi muncul billionaire kedua bola sepak selepas mengungguli carta pendapatan Forbes bagi 2020.
Menurut Forbes, pemain berusia 33 tahun itu memperoleh AS$1 bilion (RM4.13 bilion) menerusi pendapatan sebelum cukai untuk mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo.
Bintang Argentina itu menjadi pemain bola sepak yang menerima pendapatan terbanyak tahun ini selepas memperoleh £98 juta (RM404 juta) daripada gaji dan penajaan.
Penyerang Juventus, Ronaldo di tempat kedua dalam senarai apabila memperoleh £91 juta (RM376 juta), sementara Neymar di tangga ketiga dengan £75 juta (RM309 juta).
Sementara rakan sepasukan Neymar di PSG, Kylian Mbappe di tempat keempat memperoleh sekitar £33 juta (RM136 juta) diikuti bintang Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah £29 juta (RM119 juta).
Berada dalam senarai keenam bintang Manchester United, Paul Pogba yang meraih £26.4 juta (RM109 juta), ketujuh penyerang Barcelona, Antoine Griezmann £25.6 juta (RM105 juta) kelapan Gareth Bale dari Real Madrid £22.5 juta (RM93 juta) kesembilan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski £21.7 juta (RM89 juta) serta penjaga gol Manchester United, David de Gea £21 juta (RM86 juta).