Trio Harian Metro menerima hadiah daripada Zambri (empat dari kanan).
Trio Harian Metro menerima hadiah daripada Zambri (empat dari kanan).

PASUKAN Harian Metro muncul juara tenpin boling kategori media sempena Kejohanan Tenpin Boling Jemputan Persatuan Sukan Kebajikan Kakitangan (PSKK), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kejohanan yang dianjurkan di Sunway Megalanes, Petaling Jaya semalam membabitkan kategori individu lelaki, wanita, berpasukan campuran dan jemputan media.

Harian Metro yang diketuai Pengarang Berita Harian Metro, Mohd Jamilul Anbia Md Denin serta Penolong Editor Sukan Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan dan wartawan Multimedia kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Asrizal Aris mengatasi cabaran sengit lima lagi pasukan yang bersaing dalam kategori itu.

Pemain pasukan Harian Metro dan TV3
Pemain pasukan Harian Metro dan TV3

Trio TV3 yang diketuai Penolong Editor dan penyampai Sukan TV3, Hasnida Hanim, Hazwan dan Fauzi Hashim di tempat kedua manakala ketiga menjadi milik pasukan UiTM Media B.

Turut bertanding dalam kejohanan itu wakil Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama dan UiTM Media A.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha PSKK merangkap Pegawai Sukan UiTM, Zambri Abd Kahar dan Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mohd Fisol Saud.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 9:15 PM