SOUTHGATE sudah berbincang dengan Maguire. FOTO EPA
SOUTHGATE sudah berbincang dengan Maguire. FOTO EPA
AFP

PENGURUS England, Gareth Southgate berkata, perbincangan bersama Harry Maguire meyakinkannya untuk menyenaraikan ketua pasukan Manchester United itu dalam skuad bagi menghadapi perlawanan Liga Negara Negara UEFA menentang Iceland dan Denmark walaupun pemain itu ditangkap atas tuduhan menyerang polis.

Maguire ditangkap minggu lalu selepas bergaduh di kelab malam di Mykonos, Greece dan bermalam di lokap selama dua hari.

Pertahanan berusia 27 tahun itu, yang sudah 26 kali mewakili England, sudah kembali ke negaranya selepas perbicaraannya semalam.

Dia menafikan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan Southgate memilih untuk tetap menyenaraikan pertahanan tengah itu.

Southgate yakin beliau membuat pilihan tepat selepas berbincang dengan Maguire.

"Ia memang jelas bukan satu keputusan yang mudah," kata Southgate dalam sidang media.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 1:29 AM