EMERY kembali ke La Liga untuk melatih Villarreal. FOTO AFP
EMERY kembali ke La Liga untuk melatih Villarreal. FOTO AFP
AFP

VILLARREAL mengumumkan hari ini bekas jurulatih Arsenal dan Sevilla, Unai Emery akan memulakan tugas di La Liga menggantikan Javi Calleja yang dipecat.

Emery, 48, diketepikan Arsenal November lalu dengan The Gunners ketika itu gagal mencatatkan kemenangan tujuh kali berturut-turut, iaitu prestasi paling teruk sejak 1992.

Beliau membantu Sevilla muncul juara Liga Europa tiga kali berturut-turut sejak 2014 hingga 2016 sebelum meraih lima kejuaraan utama bersama gergasi Perancis, Paris Saint Germain.

"Villarreal CF mencapai persetujuan bersama Unai Emery untuk menjadi jurulatih dalam tempoh tiga musim," kata Villarreal dalam satu kenyataan.

Villarreal mengetepikan bekas pemain, Calleja minggu ini walaupun berjaya membawa pasukannya menduduki tempat kelima.

Pemain tengah berpengaruh, Santi Cazorla, yang akan menyertai pasukan Qatar, Al Sadd, juga meninggalkan Estadio de la Ceramica.

Emery berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Europa musim lalu bersama Arsenal sebelum tumpas kepada seteru London/

Villarreal juga bersedia untuk kembali ke kejohanan kedua tertinggi peringkat Eropah itu musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 8:21 PM