Henrikh Mkhitaryan. FOTO Agensi
Henrikh Mkhitaryan. FOTO Agensi
AFP

ROMA mengumumkan mereka sudah bersetuju dengan perjanjian bersama Arsenal untuk melanjutkan kontrak pinjaman pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan bersama kelab Serie A itu sehingga penghujung musim ini.

Terdapat juga perjanjian awal bagi pemain kebangsaan Armenia untuk kekal di Stadio Olimpico bagi musim depan.

"Saya gembira berada di sini kerana saya masih mempunyai perkara yang belum dicapai dan perlu dipenuhi," kata Mkhitaryan.

"Saya merancang melakukannya, saya merancang untuk menamatkan musim yang disambung semula ini dengan baik dan memberi tumpuan kepada apa yang perlu dilakukan seterusnya."

Bekas pemain Manchester United berusia 31 tahun sudah menjaringkan enam gol dalam 15 penampilan liga buat Roma pada musim ini.

Kelab utama itu berada di kedudukan kelima dalam carta Serie A dengan berbaki 10 perlawanan liga, tetapi ketinggalan sembilan mata kepada Atalanta yang menghuni tempat keempat dan slot kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 8:54 AM