Christian Coleman mendahului saingan 100m pecut pada Kejohanan USATF di Stadium Drake Stadium, Des Moines, Iowa tahun lalu. FOTO File AFP
Christian Coleman mendahului saingan 100m pecut pada Kejohanan USATF di Stadium Drake Stadium, Des Moines, Iowa tahun lalu. FOTO File AFP
AFP

JUARA dunia 100 meter, Christian Coleman berdepan penggantungan dua tahun selepas mendedahkan hari ini dia terlepas ujian dadah pada Disember lalu.

Bintang pecut AS yang terlepas penggantungan tahun lalu selepas melanggar tiga peraturan anti-doping sepanjang 2018 dan 2019, mendedahkan bagaimana dia gagal menjalani ujian terbaharu itu di Twitter.

Coleman berkata dia gagal mencabar keputusan Unit Integriti Olahraga bahawa dia tidak menjalani ujian pada 9 Disember 2019.

"Dan ini mungkin menyebabkan kepada keputusan saya digantung daripada satu lagi kegagalan yang berlaku lebih setahun lalu," kata Coleman.

Kenyataan Coleman menerusi Twitter turut disertakan salinan surat pemberitahuan daripada AIU mengenai kegagalan melakukan ujian itu.

Jika kes berkenaan disahkan, Coleman boleh dikenakan penggantungan sehingga dua tahun serta mengetepikannya daripada Sukan Olimpik tahun depan di Tokyo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 8:50 AM