Coleman (kiri) melepasi garisan penamat mengatasi Gatlin (tengah) dan pelari Itali, Filippo Tortu. FOTO AFP
Coleman (kiri) melepasi garisan penamat mengatasi Gatlin (tengah) dan pelari Itali, Filippo Tortu. FOTO AFP
AFP

PELARI pecut kontroversi Amerika Syarikat, Christian Coleman meneruskan penguasaan dalam acara pecut di Doha, awal pagi ini, dengan aksi bertenaga untuk merangkul pingat emas 100 meter dan mencadangkan pencabar sebenar kepada legenda Jamaica yang sudah bersara Usain Bolt itu sudah kembali.

Warga Amerika berusia 23 tahun yang terlepas daripada penggantungan kerana ujian dadah awal bulan ini disebabkan masalah teknikal, mempamerkan larian ke garisan penamat dengan mendahului catat peribadi terbaik dunia menerusi 9.76 saat di Kejohanan Olahraga Dunia yang juga kejuaraan utama luar dewan pertama buatnya.

Penyandang juara Justin Gatlin - yang disifatkan sebagai mentor oleh Coleman - memenangi pingat perak dengan catatan 9.89s pada usia 37 tahun manakala pelari Kanada, Andre De Grasse merangkul pingat gangsa dengan catatan 9.90s.

Ia kempen kejohanan yang cukup bermakna buat Coleman, yang menjadi atlet lelaki tunggal mencatat bawah 10 saat di pusingan pembukaan pada Jumaat dan separuh akhir semalam.

Coleman menafikan sekeras-kerasnya mengenai sebarang tindakan pengambilan dadah dalam membantu meningkatkan prestasinya.

Coleman perbaiki rekod peribadi. FOTO AFP
Coleman perbaiki rekod peribadi. FOTO AFP

Coleman menjerit sebagai tanda meraikan kemenangan itu sejurus melepasi garisan penamat diikuti aksi melompat dan menumbuk ke udara. Malah kejayaan itu meletakkan dirinya sebagai pelari lelaki keenam terpantas dalam sejarah.

“Ia adalah masa yang cukup menakjubkan, ia adalah PR (catatan peribadi) buat saya. Saya fikir penampilan ini agak terhad, masih ada banyak perkara yang saya boleh lakukan dan untuk memperbaikinya, saya menaruh keyakinan untuk terus memperbaiki masa catatan,” kata pemegang rekod dunia bagi acara 60 meter dalam dewan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 10:18 AM