Keadaan pintu masuk di padang latihan Tottenham Hotspur. FOTO File Agensi
Keadaan pintu masuk di padang latihan Tottenham Hotspur. FOTO File Agensi
AFP

PENYAMBUNGAN semula saingan Liga Perdana menerima tamparan semalam ketika ia mendedah hanya seorang individu tanpa beritahu namanya diuji positif di Tottenham Hotspur daripada 1,197 pemeriksaan keseluruhan membabitkan Covid-19.

Tottenham mengesahkan individu yang didapati positif itu adalah dari kelab utara London, tetapi tidak memaklumkan sama ada ia pemain atau kakitangan kelab berkenaan.

Individu berkenaan ketika ini menjalani pengasingan diri untuk tempoh tujuh hari.

"Kami dimaklumkan oleh penganjur Liga Perdana bahawa kami mendapati satu ujian positif untuk Covid-19 berikutan ujian terkini yang dijalankan di pusat latihan kelab," menurut Tottenham dalam satu kenyataan.

"Berikutan kesulitan perubatan, nama individu berkenaan tidak akan didedahkan.

"Mereka ketika ini tidak mempunyai sebarang simptom dan kini akan menjalani pengasingan diri untuk tujuh hari, sebagai mematuhi protokol Liga Perdana sebelum menjalani pemeriksaan lanjut.

"Kami harus meneruskan langkah pencegahan tambahan dengan mematuhi protokol latihan untuk penyambungan Liga Perdana, dengan memastikan Pusat Latihan kami kekal selamat dan bekerja dalam persekitaran bebas virus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 7:44 AM