KESEMUA pemain dan staf menunjukkan keputusan negatif kecuali dua pemain. FOTO Agensi
KESEMUA pemain dan staf menunjukkan keputusan negatif kecuali dua pemain. FOTO Agensi
AFP

DUA pemain dari kelab Serie A, Parma diuji positif Covid-19 dan sudah diarahkan untuk kuarantin.

Kelab berkenaan membuat pengumuman semalam sekali gus memberi tamparan kepada harapan untuk penyambungan semula saingan bola sepak di Itali.

Dua hari lagi sebelum kelab dibenarkan berlatih berkumpulan, Parma berkata, semua pemain dan staf sudah melakukan ujian termasuk mengambil sampel darah.

Semua keputusan negatif kecuali dua pemain, yang tidak menunjukkan sebarang gejala.

"Kedua-dua mereka positif pada ujian pertama dan negatif ketika ujian kedua 24 jam kemudian.

"Mereka berdua dalam tahap terbaik dan tanpa sebarang gejala, namun mereka sudah dikuarantin dan sentiasa di bawah pemantauan selepas ini," kata Parma dalam satu kenyataan.

Semua kelab mencadangkan 13 Jun untuk saingan disambung semula, manakala latihan berkumpulan pula akan bermula esok.

Bagaimanapun, pihak kerajaan bertegas mahu semua pemain dan kakitangan pasukan dikuarantin sekiranya wujud kes positif, tetapi kelab-kelab mahu mengikut cara Jerman di mana hanya mereka yang positif diasingkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 1:46 PM