MESSI kerap memakai baju tertera wajah Ali. FOTO Agensi
MESSI kerap memakai baju tertera wajah Ali. FOTO Agensi
Agensi

LIONEL Messi menjadi pujaan peminat bola sepak seluruh dunia tetapi bintang Barcelona itu mempunyai idolanya sendiri termasuk Muhammad Ali.

Gambar pemain Argentina itu memanaskan badan di gimnasium rumahnya ketika perintah berkurung susulan pandemik koronavirus mendedahkan betapa dia meminati petinju legenda itu.

Beberapa foto ketika era kegemilangan Ali tergantung di dinding Casa de Messi sebagai sumber inspirasinya ketika bersenam.

Penyerang berusia 32 tahun itu sememangnya dikenali sebagai peminat sukan tinju dan ikon Amerika Syarikat itu menduduki tangga teratas senarai atlet pujaannya.

Messi salah seorang bintang sukan yang memberi penghormatan kematian Ali pada 2016 ketika berusia 74 tahun.

MESSI gagal mencapai kata sepakat bersama Barcelona untuk menyambung kontrak dengan kelab berkenaan. FOTO EPA
MESSI gagal mencapai kata sepakat bersama Barcelona untuk menyambung kontrak dengan kelab berkenaan. FOTO EPA

Messi memuatnaik kenyataan mahsyur mengenai legenda tinju itu di media sosialnya bersama foto Ali dengan kapsyen: "Terapung seperti rama-rama, menyengat umpama lebah."

Perumpamaan itu hampir sama dengan karakter Messi di atas padang menerusi pergerakan licik yang menggabungkan sentuhan penyudah berbisa.

Dia juga kerap memakai baju T yang tertera muka Ali dalam banyak acara malah ketika menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona.

Kedua-dua bintang itu mempunyai persamaan dalam mengecapi kegemilangan dalam sukan masing-masing.

Ali meraih emas pada Sukan Olimpik 1960 dan menang 56 daripada 61 pertarungan profesional termasuklah tiga tahun 'bersara' seketika susulan kritikan ke atas perang Vietnam.

Dan seperti pertarungan heavyweight di antara Joe Frazier dan George Foreman, Messi bersaing sengit dengan musuh ketat, Cristiano Ronaldo.

Tahun lalu, bintang Barca itu meraih anugerah keenam Ballon d'Or sekaligus mengatasi bekas pencabar El Clasico.

Kabinet trofi Messi yang dipenuhi 10 gelaran La Liga, empat medaI Liga Juara-Juara dan emas Olimpik menjadi bukti kehebatan setanding ikonnya, Ali.

ALI Ashfaq menyinar bersama PDRM.
ALI Ashfaq menyinar bersama PDRM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 10:43 AM