TEMASYA berkenaan yang sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik Covid-19. FOTO AFP
TEMASYA berkenaan yang sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik Covid-19. FOTO AFP
AFP

SUKAN Olimpik Tokyo sah akan bermula 23 Julai tahun depan selepas penganjur mengumumkannya hari ini.

Temasya berkenaan yang sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik Covid-19.

“Olimpik akan berlangsung dari 23 hingga 8 Ogos 2021. Paralimpik pula bakal diadakan 24 Ogos hingga 5 September,” jelas Ketua Tokyo 2020, Yoshiro Mori kepada wartawan dalam sidang media.

Sejam sebelum itu, Mori berkata, beliau menjangkakan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dijangka akan dibuat dalam minggu ini.

Olimpik Tokyo 2020 sepatutnya bermula pada 24 Julai tahun ini dan dijalankan selama 16 hari namun pandemik Covid-19 memaksa ia ditunda.

IOC dan Jepun sebelum ini mahu meneruskan temasya berkenaan seperti biasa namun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa menimbulkan kerisauan dalam kalangan atlet dan badan sukan dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 8:45 PM