SADIO Mane Liverpool meraikan gol pertama.
SADIO Mane Liverpool meraikan gol pertama.
AFP

PELEDAK Liverpool Sadio Mane bakal menjadi pemain Afrika pertama mendapat tumpuan dalam arena bola sepak negara itu pada 2020 dengan menjuarai anugerah Pemain Terbaik Tahunan di Mesir minggu depan.

Majlis anugerah pada 7 Januari itu akan memulai tahun penuh drama dalam dan luar padang dengan menjelangnya aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Negara-Negara 2021.

Mane, pemain yang konsisten bersama Liverpool dan Senegal menjadi pilihan untuk menjadi bintang kedua daripada negaranya selepas El Hadji Diouf menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan.

Pencabarnya termasuk rakan sepasukan Liverpool Mohamed Salah, pemian Mesir yang memenangi dua anugerah sebelumnya dan pemain Algeria Riyad Mahrez daripada Manchester City.

Pemain Terbaik Tahunan selain tujuh lagi pemenang kategori lelaki dan wanita akan diumumkan dalam satu majlis di sebuah pusat peranginan di Hurghada di pesisir Laut Merah, Mesir.

Beberapa minggu kemudian, Mesir akan menganjurkan satu lagi acara iaitu undian di Kaherah untuk kelayakan Piala Dunia peringkat kumpulan.

Ranking terkini FIFA akan menjadi penentu kumpulan pilihan, bermakna Senegal, Tunisia, Nigeria, Algeria, Maghribi, Ghana, Mesir, Cameroon, Mali dan Congo akan berada dalam pot satu.

Semua negara itu kecuali Mali pernah beraksi di Piala Duia dan pasukan Ivory Coast yang mendapat sentuhan menakjubkan Wilfried Zaha akan menjadi pilihan kedua yang cukup berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 11:38 AM