Asmadi (kiri) anggap pandangan TMJ suntik motivasi buat Lang Merah buru kejayaan musim depan. FOTO NSTP
Asmadi (kiri) anggap pandangan TMJ suntik motivasi buat Lang Merah buru kejayaan musim depan. FOTO NSTP
Izzali Ismail


KELAB Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) mengganggap kenyataan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan kemampuan Kedah muncul juara Liga Super musim depan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

Presiden kelab penyokong tertua di Kedah itu, Nor Asmadi Hamzah berkata pihaknya menyambut baik dan menghargai pandangan positif mampu mendorong skuad Kedah meningkatkan kejayaan menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim ini.

"Apa diluahkan Tunku Ismail itu pandangan yang boleh menjadi motivasi terbaik.

Apatah lagi penyokong menyambut baik kehadiran '2K' iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang memperkuatkan skuad Lang Merah musim depan.

Nor Asmadi turut teruja selepas Kedah mendapatkan khidmat beberapa pemain handalan tempatan seperti Hadin Azman, Irfan Zakaria, Shahril Sa’ari dan Zulkhairi Zulkepli untuk memperkukuhkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

Beberapa pemain senior Lang Merah turut dikekalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 4:23 PM