AZLAN Shah bersama trofi kejuaraan di Buriram. FOTO BMW Motorrad
AZLAN Shah bersama trofi kejuaraan di Buriram. FOTO BMW Motorrad
Ferzalfie Fauzi


MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa agar media memberikan liputan terhadap sukan pemotoran.

Menurutnya, mereka yang terbabit dalam sukan berkenaan perlu dianggap sebagai wira negara. "Ini bukan kali pertama saya mohon rakan-rakan media untuk memberikan liputan meluas kepada dunia pemotoran," kata Syed Saddiq dalam akaun Twitter miliknya.

Beliau juga mengakui tanpa liputan media ia agak sukar buat sukan pemotoran mendapat penajaan.

"Tolonglah. Mereka wira kita juga," kata Syed Saddiq yang turut berkongsi luahan pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

Dalam akaun Twitter milik Azlan Shah itu, pelumba ONEXOX TKKR SAG meluahkan kekecewaan tiada sambutan daripada pihak akhbar selepas dinobatkan sebagai juara Ahad lalu di Buriram, Thailand.

Azlan mencipta sejarah di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila muncul juara pertama kelas Superbike 1000cc yang baru diperkenalkan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 9:19 PM