Malik belum sedia beritahu pasukan baru akan diwakili. FOTO NSTP
Malik belum sedia beritahu pasukan baru akan diwakili. FOTO NSTP
Malik Muhamad


SELEPAS kontrak tidak disambung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), bekas penyerang Terengganu FC (TFC), Malik Mat Ariff belum bersedia ‘membuka mulut’ mengumumkan pasukan yang bakal diwakilinya musim depan.

Malah penyerang lincah berasal dari Beserah, Kuantan itu tidak mahu terburu-buru membuat keputusan walaupun sudah ada pasukan berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

"Setakat ini ada tiga pasukan termasuk dua daripada pasukan Liga Super dan satu Liga Perdana berminat selepas kontrak saya bersama TFC tidak disambung.

"Salah satu pasukan Liga Super itu berada dalam kedudukan lima terbaik dalam liga musim ini.

“Setakat ini belum lagi kerana mahu fikir yang terbaik,” kata pemain berusia 28 tahun digelar 'lipas kudung’ kerana lincah di padang.

Musim lalu, bekas pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2017 itu menghasilkan 18 gol ketika menyarung jersi Kuantan FA.

Dia dilabel hero skuad Penyu selepas menjaringkan gol kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta`zim (JDT).

Ditanya mengenai PBSNT tidak menyambung kontraknya biarpun masih mendapat tempat dihati peminat, Malik menyatakan ia menjadi asam garam kepada pemain dalam sukan bola sepak itu.

“Sejujurnya saya gembira dan puas sepanjang dua tahun beraksi bersama pasukan TFC.

“Banyak dipelajari terutama dengan bekas pengendali skuad, Irfan Bakti Abu Salim selain barisan kejurulatihan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 1:34 PM