Youcef (kanan) meraih tempat ketiga pada peringkat kelima Tour of Iran hari ini.
Youcef (kanan) meraih tempat ketiga pada peringkat kelima Tour of Iran hari ini.
Azlan Muhammad Zain


PASUKAN dari Russia, Lokosphinx menjadi penghalang dua pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) meraih jersi kuning Tour of Iran yang berakhir hari ini.

Pelumbanya, Savva Novikov memastikan jersi kuning miliknya selepas berakhir peringkat kelima dengan mengumpul 21 jam 30 minit 23 saat, meninggalkan Cristian Raileanu dari TSC dengan perbezaan 24 saat di kedudukan kedua.

Youcef Reguigui dari TSG meraih tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kelima hari ini turut berada di kedudukan ketiga jersi kuning secara keseluruhan apabila ketinggalan 26 saat kepada Novikov.

Terdahulu Youcef menyarung jersi kuning pada peringkat kedua sebelum mula dirampas Novikov bermula peringkat ketiga.

Bagi kategori terbaik, TSC berada di kedudukan kedua dengan ketinggalan 10 saat kepada Tianyoude Hotel Cycling Team dari China yang mengumpul 64 jam 30 minit 00 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:34 AM