LUIZ (kanan) ledak gol tunggal perlawanan. FOTO/AFP
LUIZ (kanan) ledak gol tunggal perlawanan. FOTO/AFP
Reuters

ARSENAL melangkah ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas David Luiz menjaringkan gol pertamanya buat kelab itu dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Bournemouth malam ini ketika pasukan pelawat terlepas beberapa peluang untuk menyamakan pada separuh masa kedua.

Bekas pertahanan Chelsea meluru pantas ke kawasan yang tidak diawasi untuk menanduk sepakan sudut Nicolas Pepe untuk memberikan Arsenal gol seawal minit kesembilan.

Pemain termahal Arsenal, Pepe hampir menggandakan kelebihan mereka dengan percubaan yang melepasi sudut gawang manakala percubaan Pierre-Emerick Aubameyang dari jarak jauh tersasar pada separuh masa pertama.

Bournemouth, yang tewas 1-5 pada kunjungan terakhir ke Stadium Emirates, mempamerkan aksi tidak menentu pada separuh masa pertama biarpun mereka hampir menyamakan kedudukan apabila Dominic Solanke gagal menemui sasaran menerusi tandukan hasil sepakan percuma.

Mereka menunjukkan kesungguhan pada separuh masa kedua manakala Arsenal hilang fokus tetapi gagal memanfaatkan peluang mereka, dengan Callum Wilson gagal memanfaatkan hantaran di kawasan lawan selepas berjaya mengatasi Bernd Leno dan kemudian percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Jerman itu.

Wilson memanfaatkan dua lagi peluang selepas itu pada babak akhir.

Steve Cooke melakukan tandukan dari sepakan sudut ketika Arsenal terus bertahan untuk kemenangan, mengatasi Leicester City di tangga ketiga dengan 15 mata, sembilan di belakang pendahulu Liverpool selepas lapan perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:33 AM