DE  Sciglio (tengah) meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan ketika menentang Napoli di Turin. - FOTO EPA
DE Sciglio (tengah) meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan ketika menentang Napoli di Turin. - FOTO EPA
AFP

JURULATIH Itali, Roberto Mancini memanggil pertahanan Inter Milan, Danilo D'Ambrosio menggantikan pertahanan kiri Juventus yang cedera, Mattia De Sciglio bagi menghadapi aksi Kelayakan Euro 2020 menentang Armenia dan Finland.

De Sciglio, 26, mengalami kecederaan otot ketika juara Itali itu menewaskan Napoli 4-3 dalam aksi Serie A, semalam.

Mancini sebelum ini berdepan masalah sama apabila kapten Juve, Giorgio Chiellini, 35, mengalami kecederaan lutut kanan yang menyebabkan pemain pertahanan itu perlu berehat enam bulan.

Chiellini yang mempunyai 103 kap bersama Itali terpaksa memberi laluan kepada pertahanan tengah Lazio, Francesco Acerbi.

Itali akan menentang Armenia di Yerevan pada Khamis ini dan menentang Finland pada Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 12:34 AM