Leclerc (tengah) bersama Vettel (kiri) dan Hamilton. FOTO REUTERS
Leclerc (tengah) bersama Vettel (kiri) dan Hamilton. FOTO REUTERS
AFP

CHARLES Leclerc meraih petak utama 1-2 untuk Ferrari pada perlumbaan Grand Prix Belgium, hari ini selepas mempamer pemanduan penuh dramatik pada sesi kelayakan.

Pemandu Monaco itu yang mencatat masa terpantas pada dua daripada tiga sesi latihan, sedang memburu kemenangan sulungnya dalam Formula Satu mencatat masa satu minit 42.519 saat.

Dia 0.748 saat lebih pantas berbanding rakan sepasukan Ferrari, Sebastian Vettel.

Ia petak utama ketiga Leclerc musim ini selepas Bahrain dan Austria tetapi kecewa pada kedua-dua perlumbaan itu.

Juara dunia lima kali dan juara bertahan, Lewis Hamilton akan bermula di petak ketiga untuk Mercedes di hadapan rakan sepasukan Valtteri Bottas manakala Max Verstappen di petak kelima untuk Red Bull dan pemandu Renault, Daniel Ricciardo, keenam.

“Keadaan itu dirasakan sangat bagus,” kata Leclerc.

Kami bergelut sedikit untuk pecutan perlumbaan dan perlu memperbaikinya tetapi saya yakin kami akan menjadi kuat.”

Vettel meluahkan rasa kecewa selepas berdepan masalah kereta lebih perlahan di depannya pada percubaan terakhir sesi kelayakan.

"Pada penghujungnya, kami dapat mengesahkan petak depan tetapi saya terpaksa beratur ketika bertarung merebut petak utama!"

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 11:37 PM