INAKI Williams (kanan) lepas daripada Mikel Merino (kiri) ketika  Athletic Bilbao ketika menewaskan Real Sociedad 2-0. FOTO EPA
INAKI Williams (kanan) lepas daripada Mikel Merino (kiri) ketika Athletic Bilbao ketika menewaskan Real Sociedad 2-0. FOTO EPA
Reuters

ATHLETIC Bilbao meneruskan permulaan garang mereka musim ini dengan menewaskan Real Sociedad 2-0 dalam aksi La Liga awal pagi ini dengan mendominasi sepanjang perlawanna.

Inaki Williams memberikan Athletic gol pendahuluan pada minit ke-11 dengan jaringan pertamanya menerjah gawang dalam aksi pantas yang bermula dengan balingan bola.

Raul Garcia menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-28 dengan jaringan dari luar kawasan penalti yang melambung masuk ke gawang.

Soceidad mendapat penalti di antara dua gol Athletic namun dibatalkan selepas semakan VAR mendapat kekasaran itu berlaku di luar kawasan, dan kejadian menjadi lebih teruk apabila mereka kehilangan pemain tengah berpengaruh Asier Illarramendi susulan kecederaan.

Pemain remaja Sweden Alexander Isak berjaya meledak gol buat pelawat selepas rehat namun usaha itu dikira ofsaid selepas satu lagi semakan VAR.

Athletic terus mendominasi lawan mereka ketika perlawanan berbaki dan mereka merekodkan satu lagi kemenangan penting di laman sendiri selepas menewaskan Barcelona 1-0 pada hari pertama musim ini, meraih tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Sociedad mengumpul empat mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 7:51 AM