Zidane (kiri) lega Bale mahu kekal di Real. FOTO Agensis
Zidane (kiri) lega Bale mahu kekal di Real. FOTO Agensis
Agensi

ZINEDINE Zidane enggan memperbesarkan isu Gareth Bale akan meninggalkan Real Madrid sebelum tarikh akhir perpindahan pemain ditutup minggu depan.

Selepas membuatkan pemain Wales berusia 30 tahun itu seperti orang terpinggir sebelum ini, Zidane membuat pusingan-U dan menegaskan pemain sayap itu bertarung untuk mendapatkan tempatya.

Bale beraksi sepanjang 90 minit ketika Real seri 1-1 menentang Valladolid, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, bintang legenda Perancis itu seperti sudah lupa dia sebelum ini mahu Bale meninggalkan kelab Sepanyol itu.

Dia berkata: “Apa menarik buat kami adalah pemain itu (Bale) mahu kekal bersama kelab dan itulah perkara yang paling penting.

“Kini, banyak perkara diperkatakan mengenai situasi itu dan saya ada bercakap mengenainya.

“Bagaimanapun, perkara paling penting adalah pemain itu mahu kekal dan kami terus berharap kepadanya.

“Dia pemain sangat penting buat kami dan dia membuktikan keadaan itu sekarang dan terus melakukan apa yang perlu dilakukannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 7:36 PM