Neymar tidak beraksi pada dua perlawanan jelajah Asia. FOTO REUTERS
Neymar tidak beraksi pada dua perlawanan jelajah Asia. FOTO REUTERS
AFP

NEYMAR tidak disenaraikan pada dua perlawanan terakhir skuad Paris Saint-Germain (PSG) pada jelajah pra-musim Asia, lapor media Perancis, hari ini.

PSG akan berdepan Sydney FC di Suzhou, esok, menurut akhbar sukan harian, L’Equipe.

Neymar yang terlepas beraksi pada aksi Brazil menjulang Copa America akibat kecederaan pergelangan kaki dan pemain pertahanan Presnel Kimpembe akan berada di Shenzhen untuk meningkatkan tahap kecergasan.

Pemain termahal dunia itu tidak beraksi ketika tewas pada sepakan penalti kepada Inter Milan di Macau, kelmarin.

Pemain bintang itu juga akan terlepas bermain pada Piala Juara Perancis menentang Rennes di Shenzhen, Sabtu ini disebabkan perlu melengkapkan penggantungan enam perlawanan berikutan insiden bersama peminat pada final Piala Perancis.

Jika Neymar yang dikatakan mahu kembali semula ke Barcelona, masih berada di Parc des Princes, dia boleh beraksi bersama kelab itu dalam saingan pembuka tirai Ligue 1 menentang Nimes pada 11 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 12:44 AM