AGUIRRE gagal dalam cubaan pertamanya bersama Pharaohs. — FOTO Reuters
AGUIRRE gagal dalam cubaan pertamanya bersama Pharaohs. — FOTO Reuters
Agensi

MESIR memecat ketua jurulatih Javier Aguirre selepas tersingkir mengejut pada pusingan 16 terakhir Piala Negara Afrika di Kaherah, awal pagi tadi.

Anak buah Aguirre dikejutkan apabila tuan rumah kejohanan itu tewas 0-1 di tangan Afrika Selatan, sekali gus menyaksikan Pharaohs gagal mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2004.

Tidak lama kemudian, Presiden Persatuan Bolasepak Mesir (EFA), Hany Abou Rida mengumumkan peletakan jawatannya dan mengesahkan pemergian semua staf teknikal dan pentadbiran.

Di sebalik peletakan jawatannya, Abou Rida – yang turut meminta semua ahli lembaga supaya meletakkan jawatan – berkata, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ketua jawatankuasa penganjur kejohanan itu.

ABOU Rida (kiri) bersama bintang Mesir, Mohamed Salah. — FOTO Twitter AbouRidaHany
ABOU Rida (kiri) bersama bintang Mesir, Mohamed Salah. — FOTO Twitter AbouRidaHany

Mesir melantik bos Mexico, Aguirre selepas tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 di Russia.

Bekas bos Jepun dan Mexico itu mengikat perjanjian empat tahun untuk menggantikan Hector Cuper tahun lalu.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya susulan kekalahan ini,” kata Aguirre pada sidang media selepas perlawanan.

“Saya bertanggungjawab dengan semua pemilihan dan keputusan perlawanan, tapi saya tetap berbangga dengan kelompok pemain ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 1:37 PM