HERRERA (kiri) bersaing dengan pemain Huddersfield Town, Aaron Mooy pada aksi Liga Perdana, Mei lalu. — FOTO AFP
HERRERA (kiri) bersaing dengan pemain Huddersfield Town, Aaron Mooy pada aksi Liga Perdana, Mei lalu. — FOTO AFP
Reuters

PARIS Saint-Germain mengikat ejen bebas Ander Herrera selama lima tahun selepas pemain tengah Sepanyol itu mengakhiri kontraknya bersama Manchester United, menurut juara Perancis itu semalam.

Herrera, 29, menyertai United dari Athletic Bilbao pada 2014 namun mengesahkan Mei lalu dia tidak akan menyambung kontraknya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

“Paris St Germain kelab terhebat di Perancis,” kata Herrera kepada laman web PSG. “Mereka terus meningkat dan bersaing untuk memenangi setiap kejuaraan.

“Saya tidak sabar untuk datang ke Paris dan menyarung jersi mereka... Menyertai kelab ini satu perasaan yang menakjubkan.

HERRERA meraikan jaringan menentang Cardiff, Disember lalu. — FOTO Reuters
HERRERA meraikan jaringan menentang Cardiff, Disember lalu. — FOTO Reuters

“Paris bandar raya paling cantik di dunia. Saya janjikan tiga perkara: kerja, profesionalisme dan keinginan.”

Herrera, yang beraksi di Real Zaragoza sebelum menyertai Athletic Bilbao, melakukan 189 penampilan buat United dalam semua pertandingan dan menjaringkan 20 gol.

Dia memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa di kelab Inggeris itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 10:33 AM