Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. FOTO AFP.
Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. FOTO AFP.
Agensi

JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde enggan memohon maaf kerana bersikap terlalu bergantung kepada Lionel Messi untuk menyelesaikan masalah mereka selepas bintang Argentina itu meledak gol yang menyaksikan mereka meraih gelaran kelapan dalam 11 tahun pagi ini.

Messi direhatkan pada separuh masa pertama menentang Lavente sebagai persediaan menjelang pertembungan separuh akhir pertama bertemu Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara, Khamis ini.

Messi masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan golnya yang ke 34 liga musim ini dalam kemenangan 1-0 itu.

Lawan Barca dilihat begitu terdesak mencatat kemenangan dengan hanya tiga mata memisahkan kelompok pasukan di peringkat penyingkiran.

Lionel Messi meraikan jaringannya. FOTO Reuters.
Lionel Messi meraikan jaringannya. FOTO Reuters.

Bekas pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho juga gagal memanfaatkan tiga peluang terbaik menjaringkan gol.

“Messi selalunya akan menyelesaikan masalah yang kami hadapi, ia jelas,” kata Valverde pada sidang media.

“Kami tidak akan memohon maaf kerana memiliki Messi, ia perkembangan yang baik kerana dia bersama kami. Dia berjaya menghasilkan gol yang menakjubkan.

“Dia begitu jelas bahawa dia terpaksa beraksi pada perlawanan itu. Kami mempunyai perlawanan pada Rabu dan kami perlu aktif.

“Saya tahu dia akan bermain sekurang-kurangnya separuh masa, dia menjaringkan gol akhirnya - dia sering menjaringkan gol di mana-mana.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 1:13 PM