VAN Gaal menggantikan David Moyes di Old Trafford pada Mei 2014. — FOTO Agensi
VAN Gaal menggantikan David Moyes di Old Trafford pada Mei 2014. — FOTO Agensi
Agensi

BEKAS pengurus Manchester United, Louis van Gaal bersara daripada bola sepak dengan penyerang England, Marcus Rashford antara yang memberikan penghormatan.

Warga Belanda berusia 67 tahun itu memberikan Rashford, 18, penampilan profesional sulung bersama United pada Februari 2016.

Kecemerlangan karier pengurusan Van Gaal termasuk kemenangan Liga Juara-Juara bersama Ajax, selain kejuaraan liga bersama Barcelona dan Bayern Munich.

“Saya seorang pesara sekarang,” katanya kepada rancangan TV Belanda, VTBL semalam.

“Saya tidak memikirkan untuk menjadi pengarah teknikal atau pengulas TV.

“Isteri saya Truus meninggalkan pekerjaannya 22 tahun lalu dan mengikut saya ke mana saja. Saya memberitahunya saya akan berhenti sebagai jurulatih apabila saya berusia 55, tapi terus bekerja hingga saya berusia 65.

RASHFORD meraikan gol ketika menentang FC Midtjylland pada aksi Liga Europa, tiga tahun lalu. — FOTO Agensi
RASHFORD meraikan gol ketika menentang FC Midtjylland pada aksi Liga Europa, tiga tahun lalu. — FOTO Agensi

“Dia (isterinya) berhak mempunyai kehidupan bersama saya di luar bola sepak. Saya boleh katakan dia amat gembira.”

Tugas terakhirnya sebagai pengurus hadir di Manchester United, memenangi Piala FA Inggeris pada 2016 sebelum dipecat.

Beberapa pemain United memberikan penghormatan mereka terhadap Van Gaal.

“Terima kasih kerana membuka pintu dan percaya terhadap saya. Nikmati persaraan sebaik mungkin bos,” kata Rashford dalam Twitter.

Rakan sepasukan Manchester United, Anthony Martial berkata: “Terima kasih atas segala-galanya jurulatih!! Satu penghormatan untuk belajar daripada anda!”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 10:08 PM