LEROY Sane dan Kyle Walker (tengah) meraikan gol ketiga Manchest City ketika perlawanan dengan West Ham United. FOTO AFP
LEROY Sane dan Kyle Walker (tengah) meraikan gol ketiga Manchest City ketika perlawanan dengan West Ham United. FOTO AFP
AFP

LONDON: Manchester City melebarkan rentak kemenangan kepada lapan perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), apabila menang 4-0 mengatasi West Ham, hari ini.

Namun, kekal dua mata di persada Liga Perdana apabila pencabar di tangga kedua, Liverpool juga menang 3-0, mengatasi Watford.

Manchester United pula kini 14 mata di belakang pendahulu, ketika Paul Pogba diketepikan oleh Jose Mourinho selepas mereka gagal memecahkan benteng Crystal Palace apabila sekadar seri 0-0 di Old Trafford.

Kini, Everton mengatasi United untuk melonjak ke tangga keenam liga selepas kemenangan 1-0 mengatasi Cardiff, manakala Claudio Ranieri memenangi perlawanan pertama bersama Fulham apabila mengatasi Southampton 3-2.

City kini menang 12 daripada 13 perlawanan dan hanya mencicirkan mata ketika seri 0-0 bertemu Liverpool, bulan lalu.

Skuad kendalian Pep Guardiola menjaringkan 13 gol dalam tiga pertemuan sebelum ini di Stadium London dan sebentar tadi, mereka menjaringkan tiga gol sebelum tamat babak pertama menerusi persembahan cukup dominan.

David Silva menjaringkan gol keempat berturut-turut apabila dia menyambar hantaran Raheem Sterling pada minit ke-11.

Persembahan baik Sterling juga berterusan apabila dia menyambung hantaran Leroy Sane untuk gol kelapan musim ini. Dua lagi gol dijaringkan Sane.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 November 2018 @ 1:38 AM