BRANDT SNEDEKER
BRANDT SNEDEKER
Reuters

 

LOS ANGELES: Brandt Snedeker menamatkan saingan dengan melakukan tiga birdie bagi merekodkan tiga bawah par 69 dan mendahului dengan tiga pukulan menjelang hari terakhir Terbuka Safeway di Napa, California.

Prestasi Snedker bagaimanapun tidaklah sehebat pada dua hari pembukaan tetapi kembali temui momentum dengan mencatatkan 16 bawah par bagi membolehkannya meletakkan dirinya di kedudukan yang baik bagi merangkul trofi di acara pembukaan musim Jelajah PGA. 

Jika dia berjaya merangkul kejayaan pada final, ia bakal menjadi kemenangan kedua dalam tempoh kurang daripada dua bulan selepas menjulang Kejuaraan Wyndham pada Ogos lalu.

“Saya tahu di peringkat permulaan di sembilan lubang terakhir akan menjadi sukar, saya cuma mahu menyelamatkan diri,” kata Snedeker.

“Saya tidak membuat pukulan dengan baik. Saya hanya cuba mengekalkan momentum dan melakukan par serta menunggu sehingga saya boleh memasukkan bola ke lubang.

“Saya melakukan tugas dengan baik untuk kekal bersabar, dengan menyedari yang saya boleh melakukan par di sana.”

Kevin Tway berada di kedudukan kedua dengan 13 bawah par susulan melakukan empat bawah par 68. Pemain Korea Selatan, Sungjae Im pula memperoleh 12 bawah par sementara Bill Haas di tempat keempat dengan 11 bawah par.  

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Oktober 2018 @ 1:22 PM