DOMINIC Tan. FOTO arkib NSTP
DOMINIC Tan. FOTO arkib NSTP
Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain


PERTAHANAN tengah skuad bola sepak negara, Dominic Tan menggesa rakan sepasukan terus merendah diri dan bekerja keras menjelang aksi terakhir Kumpulan E, esok.

Kejayaan mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 menjadikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee buah mulut di temasya Sukan Asia yang sedang berlangsung ketika ini.

Malaysia mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selain kedudukan juara yang sudah terjamin berdasarkan peraturan rekod pertemuan dalam kumpulan.

Mereka akan turun menentang Bahrain di  Stadium Wibawa Mukti, Cikarang esok.

"Kami perlu melupakan kemenangan itu dan apa saja yang diperkatakan tentang kejayaan bersejarah itu.

"Kami perlu terus bekerja keras menghadapi aksi seterusnya," katanya.

Menurutnya, setiap perlawanan adalah penting dengan aksi menentang Bahrain tidak berbeza walaupun ia tidak akan mengubah kedudukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Ogos 2018 @ 7:36 PM