TSITSIPAS tewas kepada Goffin 5-7, 3-6. FOTO/REUTERS
TSITSIPAS tewas kepada Goffin 5-7, 3-6. FOTO/REUTERS
Reuters

CINCINNATI: Stefanos Tsitsipas gagal meneruskan rentak cemerlang seperti di Toronto apabila dia tewas 5-7, 3-6 kepada David Goffin dari Belgium pada pusingan pertama di Cicinnati Masters.

Tsitsipas beraksi cemerlang termasuk empat kemenangan berturut-turut ke atas pemain menduduki ranking ke-10 dunia di Toronto sebelum tewas kepada pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, Ahad lalu.

Bagi Goffin, kemenangan itu membalas kekecewaan tewas kepada Tsitsipas pada aksi suku akhir di Washington dua minggu lalu.

Goffin akan bertemu wakil Perancis, Benoit Paire pada pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan lain, pemain Korea Selatan, Chung Hyeon terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Jack Sock  2-6 6-1 6-2 sekali gus bakal bertemu pemain dari Argentina yang juga pilihan keempat, Juan Martin del Potro pada pusingan kedua.

Chung berjaya mara sehingga ke separuh akhir Terbuka Australia, April lalu untuk muncul pemain Korea Selatan pertama menembusi ranking 20 terbaik dunia.

“Ia perlawanan yang sangat sukar. Pada set pertama lawan melakukan servis dengan baik tetapi saya hanya terus bertenang dan sabar,” katanya.

Pertemuan dengan Del Potro adalah yang pertama membabitkan kedua-duanya.

Bintang Switzerland, Roger Federer yang menjadi pilihan utama selepas Nadal menarik diri kerana keletihan, akan turun kali pertama di pusingan kedua bertemu wakil Jerman,  Peter Gojowczyk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 11:02 AM