AKSI Paul Pogba ketika perlawanan pertama Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris. Foto EPA
AKSI Paul Pogba ketika perlawanan pertama Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris. Foto EPA
AFP

PAUL Pogba yang baru saja mengecapi kejayaan menjulang Piala Dunia bersama Perancis mahu memburu lebih banyak trofi untuk Manchester United selepas mengetuai Red Devils menang perlawanan pertama 2-1 mengatasi Leicester, hari ini.

Dia yang diturunkan untuk beraksi selepas kembali ke sesi latihan pra musim pada Isnin, membuka jaringan menerusi penalti selepas menolak permintaan Alexis Sanchez untuk mengambilnya.

"Menjulang Piala Dunia sudah menjadi kenangan. Saya sukakan cabaran, saya mahu terus meningkat dan memenangi trofi," kata Pogba.

"Kami tiada pakar untuk penalti, itu apa yang kami rasakan dan saya membuat keputusan mengambilnya. Mungkin lain kali saya akan berikan kepada Alexis."

Pengendali United, Jose Mourinho menjangkakan musim yang sukar selepas tidak mendapat sokongan lembaga kelab di jendela perpindahan.

Pogba sendiri dikaitkan dengan perpindahan ke  Barcelona selepas kerap digugurkan Mourinho musim lalu.

Namun, dia berharap membina peemulaan yang positif dan merapatkan jurang dengan juara liga Manchester City selepas ketinggalan 19 mata musim lalu.

"Kami seharusnya memulakan Liga Perdana dengan kemenangan dan kami berjaya lakukannya," katanya. "Persembahan OK namun kami mahu berada di atas."

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 10:29 AM