KETUA jurulatih badminton remaja negara, Kwan Yoke Meng. FOTO Mohd Fadli Hamzah
KETUA jurulatih badminton remaja negara, Kwan Yoke Meng. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Fabian Peter


PERJUANGAN skuad remaja negara dalam acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia berakhir selepas tewas di tangan Jepun 0-3 dalam aksi separuh akhir di Jakarta, hari ini. 

Selepas melakar kejutan ke atas juara tahun lalu, Korea Selatan di suku akhir, Malaysia gagal mengekalkan momentum itu.

Ketua jurulatih remaja negara, Kwan Yoke Meng ketika dihubungi mengakui keletihan menjadi antara punca anak buahnya gagal beraksi pada tahap terbaik. 

Yoke Meng, berkata pemain muda negara perlu menjadikan kekalahan itu sebagai iktibar dan kembali bangkit untuk meneruskan aksi dalam saingan individu yang akan bermula Rabu ini. 

"Ini bukan alasan (keletihan) tetapi saya fikir pemain memberikan segalanya ketika bertemu Korea di sebelah pagi pada perlawanan suku akhir. Menentang Jepun, mereka gagal beraksi pada tahap terbaik. 

"Apapun, saya tetap bangga dengan pemain dan saya mahu mereka fokus dalam saingan individu. Saya percaya kami ada peluang untuk memenangi pingat dalam acara beregu dan beregu campuran. Acara perseorangan agak sukar, kerana pemain mendapat undian sukar," kata Yoke Meng. 

Kali terakhir Malaysia layak ke final acara berpasukan campuran adalah pada edisi 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:14 PM