Bekas pemain Real Madrid dan Liverpool, Xabi Alonso berdepan hukuman penjara kerana gagal isytihar pendapatan imej. FOTO EPA-EFE
Bekas pemain Real Madrid dan Liverpool, Xabi Alonso berdepan hukuman penjara kerana gagal isytihar pendapatan imej. FOTO EPA-EFE

BBC

BEKAS bintang Liverpool dan Real Madrid, Xabi Alonso berdepan kemungkinan hukuman penjara selama lima tahun selepas pihak berkuasa Sepanyol menuduhnya memalsukan cukai.

Pendakwaraya menyatakan Xabi berhutang sebanyak €2j (RM9.6 juta) berhubung cukai pendapatan diraih menerusi hak imejnya yang gagal diisytihar kepada pihak berkuasa.

Pendapatan itu berkait tempoh sepanjang sejak 2010 hingga 2012 ketika bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu beraksi untuk Real Madrid.

Alonso, 36, bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Hukuman sama juga dikenakan terhadap penasihat kewangan pemain terbabit, Ivan Zaldua termasuk pengurus syarikat Portugal digunakannya untuk mengelak pembayaran cukai.

Pendakwaraya turut mengenakan denda sebanyak €4j (RM19.3 juta) dan meminta Alonso membayar semula sejumlah bahagian dinafikannya kepada pejabat cukai Sepanyol.

Mahkamah Madrid mengendalikan penyiasatan membuka semula kes itu pada 2017 dan mendakwa tuduhan terhadap Alonso "adalah memadai".

Pemain tengah yang menyertai Real Madrid pada 2009 itu antara beberapa pemain bolasepak terkenal dicari oleh pihak berkuasa cukai Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 12:09 PM