ZAKRI menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat olehnya terhadap Ahli Jawatan Kuasa PBPN di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Foto file
ZAKRI menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat olehnya terhadap Ahli Jawatan Kuasa PBPN di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Foto file
Firdaus Hashim


DUA ahli jawatankuasa Persatuan Bekas Pesilat Negara (PBPN), Haslina Shaharuddin dan Norfizah Othman enggan memberikan komen terhadap tindakan Zakri Ibrahim yang mengancam untuk mengheret mereka ke mahkamah.

“Maaf ‘no komen’. Kita tunggu saja sampai tempoh 14 hari itu tamat.

“Saya diam, tidak bermakna saya salah. Tetapi lebih baik saya senyap dan kita tunggu saja nanti,” kata Haslina yang juga isteri kepada bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Harimau Muda, Razip Ismail ketika dihubungi hari ini.

Zakri yang juga bekas presiden PBPN berang dengan tuduhan tidak berasas Haslina dan Norfizah ke atas dirinya membuat laporan polis, semalam.

Zakri sebelum ini pernah memimpin PBPN sebagai presiden selama lima tahun menegaskan, tindakan kedua-duanya yang menuduhnya menipu menjejaskan reputasinya dan mengakui tidak teragak-agak untuk memfailkan saman malu kepada mereka.

Juara dunia 2000 itu meletak jawatan 24 Oktober lalu mengakui berhasrat untuk kembali menabur bakti bersama persatuan itu, namun niatnya seolah-olah dihalang beberapa ahli jawatankuasa dengan membuat tuduhan tidak benar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 5:29 PM