CONTE mahu Hazard beraksi penuh tenaga.
CONTE mahu Hazard beraksi penuh tenaga.
Reuters

LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte memberi amaran perancangnya, Eden Hazard belum beraksi di tahap terbaik dan bersetuju bintang Belgium itu akan menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.

Hazard menjadi antara tonggak kejayaan kelab Inggeris itu sejak menyertainya pada 2012 dan meledak dua kali ketika Chelsea membenam Newcastle 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

Setakat ini, dia sudah meledak lapan gol dan enam umpanan sepanjang 18 perlawanan dalam kesemua kejohanan musim ini.

“Saya tidak fikir yang Eden sudah berada di puncak kariernya. Saya fikir dia masih mempunyai banyak ruang untuk menjadi lebih baik,” kata Conte kepada media Britain.

HAZARD (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan.
HAZARD (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan.

“Penting untuknya terus berusaha, berusaha, berusaha dalam setiap sesi latihan untuk meningkatkan dirinya dan kemudian mendapat prestasi seperti ini.

“Kamu hanya akan berada di puncak apabila kamu menang Ballon d’Or buat pertama kali, apabila kamu menang Liga Juara-Juara atau menang Piala Dunia. Ketika itu, kamu adalah pemain yang hebat.”

Conte dalam pada itu yakin Hazard, 26 dan penjaga gol, Thibaut Courto akan memperbaharui kontrak bersama Chelsea.

“Saya akan amat gembira apabila mereka menandatangani perjanjian mereka. Mereka adalah pemain yang hebat dan mempunyai banyak ruang untuk meningkat dan adalah hebat untuk mengekalkan mereka,” kata pengendali dari Itali itu.

Chelsea yang juga penyandang juara Inggeris menang enam daripada tujuh perlawanan tiga dan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City serta menghuni tangga ketiga liga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 10:47 PM