Diego Costa tidak berada di Stamford Bridge. FOTO MIRROR
Diego Costa tidak berada di Stamford Bridge. FOTO MIRROR
Mirror

DIEGO Costa dilaporkan sudah menjual beberapa kereta mewahnya ketika dia semakin hampir meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dan beraksi semula bersama kelab di Sepanyol.

Penyerang Blues itu menghilangkan diri daripada sesi latihan dan tidak berada Stamford Bridge musim ini selepas diberitahu namanya tiada dalam perancangan musim baru Antonio Conte.

Chelsea meminta dia kembali dan melapor diri untuk latihan tetapi pemain Sepanyol itu setakat ini terus menjauhkan diri daripada Stamford Bridge.

Dia mengambil langkah seterusnya apabila menjual Mercedes dan BMW sementara Range Rover kelabnya sudah dialihkan kepada tempat letak kereta pasukan remaja di Cobham, menurut The Sun.

Costa disenaraikan dalam skuad EPL Chelsea selepas gagal mendapatkan perpindahan untuk musim depan.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu terdesak kembali ke Atletico Madrid tetapi skuad La Liga itu hanya boleh melaksanakan perpindahan Januari depan.

Costa berkemungkinan akan mengesahkan perpindahan itu selepas jendela perpindahan dibuka semula tetapi buat masa ini tidak berdepan masalah biarpun tidak beraksi bersama kelab barat London itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 2:13 PM