PROF Ts Dr Rusli Abdullah
PROF Ts Dr Rusli Abdullah
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Prof Ts Dr Rusli Abdullah


ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transfomer) adalah satu alatan kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan oleh syarikat OpenAI.com.

Ia merujuk juga kepada penggunaan dan pengintegrasian teknologi pintar terkini berbentuk softbot yang selari dengan perkembangan revolusi perindustrian (Industrial revolution - IR) 4.0.

Penggunaan teknologi pintar ChatGPT ini mampu membantu pihak yang berkepentingan seperti golongan belia dan semua entiti yang terbabit di dalam ekosistem kebeliaan supaya saling bekerjasama bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti belia dalam konteks kelestariaan mereka ke tahap yang optimum.

Penggunaan teknologi terkini ini termasuklah penggunaannya di dalam aktiviti kebeliaan bagi membantu belia merancang, melaksana dan memantau aktiviti mereka pada setiap masa, di mana-mana saja, dengan menggunakan sistem maklumat pengurusan belia negara (Youth National Management Information System – YNMIS) dengan aplikasi yang dipasang atau disambungkan ke peranti komputer atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan sebagainya.

Dengan penggunaan sistem maklumat pengurusan belia negara (YNMIS) ini bersama-sama dengan ChapGPT, ia mampu untuk mengumpul, menyimpan, memproses data ke dalam pelbagai bentuk maklumat serta menghantar maklumat itu bagi tujuan tertentu.

Seterusnya maklumat itu dapat disalur atau digunapakai oleh pihak yang berkepentingan bagi tujuan membuat keputusan sama ada secara dalam talian atau masa nyata (real time) dan sebaliknya.

ChapGPT dalam pemerkasaan belia

Dalam konteks pemerkasaan belia di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah atau teknologi yang boleh digunakan untuk pemerkasaan aktiviti belia negara.

Ini termasuklah penggunaan kecerdasan buatan seperti ChatGPT yang berfungsi sebagai alatan yang bermula dari sistem pengesanan berasaskan Internet kebendaan (Internet of things) bagi tujuan perancangan belia hinggalah untuk memantau aktiviti belia terutama di kawasan di bandar dan di luar bandar.

Di samping itu, terdapat juga di negara maju seperti Australia dan China serta negara jiran kita seperti Thailand dan Singapura yang mana melancarkan pelbagai inisiatif untuk mengintegrasikan teknologi AI di dalam kehidupan belia seharian berasaskan perancangan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil kerja mereka.

PROF Ts Dr Rusli Abdullah
PROF Ts Dr Rusli Abdullah

Ini termasuklah mempromosikan ChatGPT yang berbentuk sumber rujukan seperti pangkalan data dan sistem maklumat pintar bagi tujuan perniagaan, permainan, latihan dan pengembangan golongan belia di rantau berkenaan.

Selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi tanpa wayar terkini seperti 5G, ia juga turut menyumbang ke arah pemerkasaan belia negara yang membolehkan pengguna mempelajari ilmu-ilmu kebeliaan baharu dan terkini secara maya atau masa nyata (real time) yang bersifat Augmented Reality dan Virtual Reality.

Penggunaan data raya

Selain dari itu, penggunaan data raya (big data) berupaya mengintegrasikan sistem pengurusan maklumat belia negara yang juga dapat menyumbang kepada analisis data raya secara analitik bagi proses pemantauan dan peramalan aktiviti belia demi untuk meningkatkan produktiviti atau hasil kerja belia di semua peringkat samada secara dalam talian atau elektronik ataupun sebaliknya.

Sehubungan itu, bagi memastikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang berfungsi dengan lestari lagi berkualiti, kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknologi pintar seperti ChatGPT ini memerlukan penyediaan prasarana ekosistem yang sistematik seperti plug and play yang akan memudahkan semua pihak atau pengamal industri berasaskan belia supaya dapat melakukan proses perancangan dan pelaksanaan projek serta urusan menjadi lebih mudah dan efektif kepada semua pemegang taruh seperti pentabdir, pengguna dan pembekal kemudahan terhadap pembangunan belia negara.

Peranan yang dimainkan oleh pengusaha atau semua pemegang taruh di dalam konteks teknologi pintar ini juga turut menyumbang kepada pembangunan hub belia digital yang menggalakkan penggunaan teknologi aplikasi mudah alih dapat digunapakai dan dicapai di mana-mana secara sistem berawan (cloud-based system) pada setiap masa iaitu hanya melalui satu platform atau dengan menekan satu butang sistem yang berada di hujung jari saja.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, bagi memastikan ChatGPT dapat melestarikan golongan belia negara dengan berkesan dan efisien, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejayaan alatan pintar ini.

Ini termasuklah peranan yang perlu dimainkan oleh setiap agensi kerajaan dan swasta yang terbabit serta golongan belia itu sendiri yang perlu melihat kepentingan penggunaan teknologi terkini seperti ChatGPT ini yang selari dengan teknologi IR4.0 di dalam segenap aspek atau urusan terutamanya di dalam memperkasakan urusan belia negara dengan lebih kompetatif dan maju ke hadapan dengan cemerlang dan gemilang.

Penulis adalah pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penyelidik Bersekutu di Institut Penyelidikan Sosial, UPM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 4:03 PM