BERSAMA koleksi buku perundingan imej. FOTO Shahril Badri
BERSAMA koleksi buku perundingan imej. FOTO Shahril Badri
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Wanita ini sudah mentransformasikanimej ramai wanita menjadi lebih anggun dan elegan melalui cara menjaga penampilan.

Usaha itu dilakukan menerusi kepakarannya sebagai perunding imej profesional dan jurulatih korporat sejak 15 tahun lalu.

Siti Mizalwa Idris, 47, mengakui wanita perlu menjaga penampilan kerana impaknya dapat meningkatkan keyakinan diri, meraih penghormatan dan tampil dengan personaliti sempurna.

Menurutnya, menjaga penampilan lebih mustahak bagi wanita bekerjaya untuk kemajuan kariernya dan mencapai impian hidup.

"Namun mereka perlulah menitik beratkan tiga aspek A.B.C.iaitu penampilan ('Appearance'), tingkah laku ('Behaviour') dan komunikasi ('Communication').

"Untuk penampilan, wanita kena bijak memilih pakaian bersesuaian mengikut personaliti, potongan badan dan padanan warna pilihan.

"Tingkah laku ialah adab ketika bertemu orang, bersosial dan memulakan jaringan dengan orang lain.

"Manakala komunikasi pula mengetahui cara memulakan percakapan, topik perbincangan,bersalaman dan menatap wajah ketika bercakap," katanya.

BERSAMA peserta program.
BERSAMA peserta program.

Katanya, beliau sentiasa mempromosikan wanita bernilai tinggi dan golongan itu perlu menonjolkan diri mereka mempunyai elemen berkenaan.

"Ini supaya orang lain memandang wanita dengan pandangan hormat dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi. Bukannya 'objek' dipandang rendah dan diambil kesempatan.

"Cara kita duduk,berjalan, memberi pendapat dan menulis di sosial media boleh memberi kesan kepada nilai seorang wanita.

"Oleh itu wanita perlu mempunyai ilmu mengenaipenampilan diri. Ini membantu dalam proses pemilihan pakaianbersesuaian yang menyerlahkan aura anggun dan elegan.

"Ilmu menerusi media sosial tidak mencukupi dan jika mempunyai sedikit wang, boleh mengikuti kelas imej serta penampilan atau kursus berkaitan," katanya.

Jelasnya, paling penting menggayakan penampilan diri adalah mengikut bajet berpatutan dan tidak membazir.

Wanita berasal dari Kuala Lumpur ini berkata, penampilan wanita perlu seiring dengan usia.

Tambahnya, semakin berusia wanita itu perlu kelihatan lebih mahal dan eksklusif.Ia merangkumi pemilihan fabrik pakaian berkualiti dan material beg tangan daripada kulit.

MENGHADIRI Program Wanita Elegan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia.
MENGHADIRI Program Wanita Elegan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia.

"Ingin saya kongsikan satu perkara penting iaitu semakin wanita menutupi kulitnya, mereka kelihatan lebih elegan dan berkelas.

"Bukannya semakin seksi pakaian, kelihatan lebih elegan. Ramai yang salah faham mengenai perkara ini.

"Wanita bertudung kelihatanlebih elegan kerana dia menutupi banyak kulitnya," katanya.

Menyorot kembali pembabitannya dalam dunia perunding imej Siti Mizalwa berkata, sebelum beralih kerjaya itu, beliau bekerja dalam bidang komunikasi korporat, pemasaran dan jualandi sebuah syarikat milik kerajaan selama lebih 10 tahun.

Pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, bakatnya sebagai perunding imej dan jurulatih korporat dikesan rakan sepengajian yang menyarankannya menceburi bidang berkenaan.

Menurutnya, peringkat awal beliau kurang mengetahui bidang itu hingga mendorongnya menghadiri kelas perundingan imej terkenal di negara ini.

"Daripada situ saya berjumpa ramai pakar perunding imej yang membuatkan saya merasakan bidang ini sesuai dengan jiwa.

SUDAH mentransformasikan imej ramai wanita. FOTO Shahril Badri
SUDAH mentransformasikan imej ramai wanita. FOTO Shahril Badri

"Saya mengambil langkah lebih jauh dengan mengikuti banyak kelas perundingan imej di Malaysia dan luar negarahingga memiliki Diploma Kejurulatihan Gaya dari 'Style Coaching Institute United Kingdom," katanya.

Katanya, beliau mengikuti kelas itu ketika masih bekerja hakiki dan pada masa sama menjadi perunding imej secara sambilan.

"Meskipun penat melaksanakan dua kerja dalam satu masa, tetapi ia usaha yang berbaloi dan berasa puas kerana dapat melakukan pekerjaan diminati.

"Selepas khidmat semakin dikenali, sayatidak menang tangan menerima ramai pelanggan, lalu mengambil keputusan meninggalkan kerjaya hakikinya bagi memberi tumpuan kepada kerjaya baharu," katanya.

Sempena Hari Ibu esok, Siti Mizalwa turut berkongsi pendapatnya mengenai sambutan hari penting itu tahun ini.

"Setiap hari adalah Hari Ibu yang perlu diingati dan diraikan anak sepanjang masa. Jangan sambut bermusim setiap tahun.

"Walaupun ibu adalah manusia biasa yang tak pernah lepas daripada membuat kesilapan. Namun, ibu tetap insanpaling sempurna dalam hidup anak yang mana kasih sayang sangat tulis dan tiada tolok bandingnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2024 @ 7:02 AM