PENYERTAAN golongan dewasa juga masih relevan dalam permainan blok dan menjadi aktiviti keluarga.
PENYERTAAN golongan dewasa juga masih relevan dalam permainan blok dan menjadi aktiviti keluarga.
Nurul Husna Mahmud

nurul

TIADA yang lebih bermakna kepada seseorang melainkan memiliki keluarga yang dapat mewujudkan rasa kehangatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan seharian.

Tidak hairan dalam membentuk persekitaran sihat terutama dalam perkembangan mental dan sosial kanak-kanak, antara nilai diterapkan adalah kekeluargaan.

Nilai kekeluargaan boleh diterapkan dalam pelbagai bentuk saluran supaya ia menjadi pedoman sebagai norma serta etika dalam ruang lingkup keluarga.

Menariknya pengeluar permainan blok ternama dunia, Kumpulan Lego tidak terkecuali menerapkan nilai kekeluargaan menerusi aktiviti permainan.

Malah, dalam kempen terbaharu yang mana Kumpulan Lego bekerjasama dengan Lazada menerusi LazMall Super Brand Day 18 Mei menjadikan intipati kekeluargaan tema penting menerusi pertandingan #LEGOMYDreamItBuildIt.

Berdasarkan set permainan terbaharu yang turut dilancarkan serentak dalam kempen jualan LazMall Super Brand Day ialah siri koleksi Fast & Furious LEGO yang unik juga hasil kolaborasi syarikat permainan itu bersama Universal Products & Experiences.

MERAIKAN kreativiti dan imaginasi menerusi permainan.
MERAIKAN kreativiti dan imaginasi menerusi permainan.

UNIK rekaan terbaharu bentuk permainan blok kereta Lego.
UNIK rekaan terbaharu bentuk permainan blok kereta Lego.

Tidak hanya memberi peluang peminat permainan blok tampil kreatif atau berimaginasi untuk hasilkan model kereta idaman mereka, pertandingan itu turut menggalakkan penyertaan ahli keluarga menerusi permainan blok.

Tiga pemenang dengan binaan paling kreatif berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM950, manakala 10 pemenang sagu hati berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM450.

Siri kit Permulaan Fast & Furious LEGO eksklusif juga menampilkan ciri-ciri unik termasuk kotak permainan boleh menjadi tikar permainan. Sementara itu, barangan Fast X daripada Universal Products & Experiences termasuk kemeja-T dan tali penyandang serta dua set LEGO Fast & Furious Speed Champion iaitu 76917 2 Fast 2 Furious Nissan Skyline GT-R (R34) dan 76912 Fast & Furious 1970 Pengecas Dodge R/T.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 6:47 AM