UNTUK maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.etomei.com dan ikuti media sosial ‘MyTomei.’
UNTUK maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.etomei.com dan ikuti media sosial ‘MyTomei.’
Noor Nabilah Ibrahim


DALAM Koleksi Nostalgia Aidilfitri 2023, Tomei membuktikan emas mempunyai nilai tinggi bukan terhad kepada pelaburan sahaja, malah nilai yang meninggalkan memori mendalam.

Koleksi tahun ini menyaksikan gabungan emas putih dan emas kuning mengikut permintaan serta minat masyarakat masa kini.

Selain itu, mereka yang gemar barang kemas bertatah berlian berbanding emas kuning juga boleh memilih koleksi berlian dan batu permata dalam pelbagai warna.

Menariknya, koleksi pada tahun ini menampilkan tema klasik dengan gabungan rekaan dan tata rias moden.

Rona busana terang memberikan sentuhan segar terhadap barang kemas dan memberikan idea pemakaian emas untuk tampil berseri di pagi raya.

Pemakai tentunya tampil anggun dan menawan dengan pilihan pelbagai pakaian baju kurung, moden, kasual dan kebaya dalam koleksi Nostalgia Tomei 2023.

Bagi mereka yang menggemari loket, terdapat pilihan loket bersama rantai pendek dan rantai labuh.

Sementara itu, koleksi ini memberikan pembelian berbaloi kepada pelanggan kerana rekaan yang malar hijau dan diminati lapisan masyarakat.

Malah anda juga boleh menyimpan koleksi ini untuk diberikan kepada anak anda apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Antara koleksi baharu yang keluar pada tahun ini ialah Koleksi Anastasia, Cutting Edge, Orked, Melur, Seroja, Dahlia dan Chomel untuk emas kuning, dan Koleksi Le Lumiere, Camellia, Rose dan Gardenia untuk koleksi bertatahkan berlian serta permata.

Koleksi ini boleh didapati di cawangan Tomei seluruh Malaysia bermula pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2023 @ 6:55 AM