BERJALAN antara senaman bantu bayi berubah ke kedudukan normal. - FOTO Google
BERJALAN antara senaman bantu bayi berubah ke kedudukan normal. - FOTO Google
HM Digital

SELAIN memusingkan bayi dengan kaedah ECV, ibu boleh lakukan pelbagai inisiatif dalam membantu membetulkan kedudukan bayi.

Terdapat beberapa kaedah yang sering disarankan kepada ibu yang mengandung dalam membantu bayi mereka beralih kedudukan, sekali gus membantu bersalin secara normal.

Berikut antara pergerakan atau rutin bagi ibu mengandung yang kebiasaannya disarankan pakar perbidanan untuk membantu mereka membetulkan kembali kedudukan kandungan:

1. Merangkak

Menghampiri trimester ketiga dalam fasa mengandung, biasanya ibu disarankan untuk melakukan pergerakan merangkak sekitar 10 hingga 15 minit.

Aktiviti ini boleh dilakukan bersama pasangan atau anak-anak yang lain bagi memastikan ibu berkenaan dapat melakukan dalam suasana menyeronokkan. Selain itu, ibu berkenaan boleh mendapatkan bantuan pasangan atau anak-anak bagi memastikan aktiviti itu dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat.

Bagaimana merangkak dapat membantu memperbetulkan posisi bayi?

Apabila postur biasa diubah kepada kedudukan merangkak, secara tidak langsung mengubah keadaan yang mana bebanan tubuh ibu sudah beralih ke hadapan.

Bayi dalam kandungan juga menyedari keadaan itu berada dalam ruang lebih selesa dan mengalih kedudukannya.

Jika cara itu masih tidak menyelesaikan masalah kedudukan bayi songsang, ibu masih dapat manfaat daripada aktiviti itu apabila mengurangkan tekanan dan melegakan rasa lenguh di belakang badan.

2. Berjalan

Apabila masuk ke trimester ketiga dan perut makin membesar, ibu yang mengandung akan berasa pergerakan mereka lebih sukar.

Keadaan kaki yang makin membengkak membuatkan ibu yang mengandung berasa tidak selesa untuk bergerak. Namun, berjalan masih menjadi senaman terbaik buat ibu mengandung selain mengeluarkan peluh, ia juga membantu memudahkan proses bersalin.

Pakar turut menyarankan supaya berjalan antara 20 hingga 25 minit sehari bagi membantu bayi berada dalam kedudukan normal.

Bagaimana ia membantu mengubah posisi bayi ke arah normal?

Sebaik ibu berjalan, bahagian yang paling berat pada bahagian tubuh kandungan ialah kepala akan terarah atau 'jatuh' mengikut arah graviti. Kebiasaannya, kedudukan selesa bagi bayi ialah lebih terarah ke bahagian pelvis ibu.

Jadi, si ibu perlu ambil inisiatif untuk berjalan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ini membantu ibu mempunyai masalah berpeluang membetulkan kembali posisi bayi mereka.

3. Tidur mengiring

Apabila perut makin membesar, tidur dalam posisi mengiring mengurangkan kekejangan pada bahagian kaki. Kebaikan lain, dikatakan membantu bayi turut memusing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 6:49 AM