TRIKKAS (belakang tiga dari kiri) dan Ketua Perdagangan Watson’s Malaysia, Foo Hwei Jiek (belakang dua dari kiri) bersama pemenang. FOTO Mustaffa Kamal
TRIKKAS (belakang tiga dari kiri) dan Ketua Perdagangan Watson’s Malaysia, Foo Hwei Jiek (belakang dua dari kiri) bersama pemenang. FOTO Mustaffa Kamal
Yusliza Yakimir Abd Talib


IMPIAN kanak-kanak perlu dipupuk sejak kecil untuk mendorong mereka berusaha sebaik mungkin bagi merealisasikan apa yang diimpikan.

Menerusi pertandingan ‘I Have A Big Dream’ anjuran bersama syarikat penjagaan kesihatan dan sains, AJ Research and Pharma Sdn Bhd (AJRP) yang memasarkan jenama Chewies serta syarikat penjagaan diri Watsons Malaysia, lapan peserta dinobatkan sebagai pemenang bagi dua kategori dipertandingkan.

Pengarah Negara AJRP, Christos Trikkas berkata, kebanyakan penyertaan yang diterima sangat memberi inspirasi dan menyukarkan pihaknya memilih pemenang pertandingan.

Pertandingan yang menggalakkan kanak-kanak menggapai impian di samping mempelajari kepentingan membina sistem imun yang kuat dibahagikan kepada kategori melukis bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun manakala penulisan esei tidak lebih 100 patah perkataan bagi peserta berusia tujuh hingga 12 tahun.

Bagi kategori pertama, Yoo Yu Yang, berusia enam tahun yang memasang impian menjadi angkasawan memenangi hadiah teleskop asas dan set astronomi selain langganan setahun majalah Young Scientist, baucar RM300 kedai buku Popular serta produk Chewies bernilai RM150.

Ethan Gan BoWen, 4, dan Nur Safiyyah Amani, 6, dalam kategori sama turut memenangi hadiah berkaitan impian serta aspirasi mereka.

Bagi kategori penulisan esei, Brian Chan Yan Hao, 10, dipilih pemenang dan merangkul hadiah keahlian Petrosains serta 35 tiket Petrosains untuk rumah kebajikan pilihannya.

Trikkas berkata, dia mahu kanak-kanak di rumah kebajikan turut diberi peluang menjelajah dan mempelajari sains serta teknologi.

Pemenang lain bagi kategori itu adalah Nicholas Lam Le Hao dan Yap Jia Zhe masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 4:30 AM