SALAH ketika beraksi bertemu Leeds awal pagi tadi. FOTO AFP
SALAH ketika beraksi bertemu Leeds awal pagi tadi. FOTO AFP
Agensi

LIVERPOOL perlu bekerja keras mengekalkan Mohamed Salah di Anfield selepas pengurus Barcelona, Ronald Koeman menjadikan bintang antarabangsa Mesir itu sebagai sasaran utama pada musim perpindahan pemain.

Pengurus baharu itu mahu impian berkenaan menjadi kenyataan dalam usahanya untuk membantu gergasi La Liga itu kembali meraih kejayaan.

Salah seorang rakan rapat Koeman mendakwa pengendali dari Belanda itu mahu Salah dan bukannya Sadio Mane di Nou Camp.

Sjaak Swart, bekas pemain antarabangsa Belanda yang juga pemegang rekod penampilan terbanyak bersama Ajax memberitahu laman web voetbalzone.nl: "Saya tahu Koeman mahukannya dan saya juga tahu Salah mahu berhijrah."

Diminta untuk mendedahkan sumber maklumatnya itu, Swart sekadar berkata: "Tidak boleh."

Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum sudah pun dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas.

Dengan Lionel Messi kekal bersama kelab itu agak sukar untuk Barcelona mencari dana bagi mendapatkan Salah.

Messi mengambil keputusan untuk kekal selepas kelab itu enggan melepaskannya dan mengenakan nilai klausa perpindahan yang amat tinggi.

Salah menjadi watak penting kepada kejayaan Liverpool sejak beberapa tahun lalu selain membantu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 1990.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 1:19 PM