Sebanyak 650 buah kereta berprestasi tinggi berjaya dikumpulkan dan mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records. FOTO ASYRAF HAMZAH
Sebanyak 650 buah kereta berprestasi tinggi berjaya dikumpulkan dan mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records. FOTO ASYRAF HAMZAH
Lizam Ridzuan


Sepang: Pemilik 650 kereta berjaya mencatatkan nama ke dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) dalam acara 'Perarakan Kereta Sports Cars dan Supercars Terbesar'.

Ia dilakukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersempena dengan acara Adrenaline Rush Track Day 2023 (ART Day 2023) semalam.

Acara anjuran Kelab U Supercars dan Utama Motors dengan sasaran awalnya sebanyak 400 kereta namun sambutan yang diterima di luar jangkaan daripada pemilik.

Jenama hebat seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Nissan GT-R, Ford Mustang, Mercedes-AMG, BMW dan Audi antara yang memenuhi acara di ART Day 2023.

Perarakan diadakan sebanyak tiga pusingan di SIC untuk acara simbolik yang turut dimeriahkan dengan lebih 300 pemilik motosikal Harley-Davidson.

Selain catatan rekod, diadakan juga pameran kenderaan prestasi tinggi dan persembahan artis tempatan seperti Ayu Damit, Baby Shima, Fareed K Clique dan DJ Fuzz yang dihoskan oleh Acad Raja Lawak dan Hilmi Gimik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 12:10 PM