BAHAGIAN hadapan dengan rekaan lampu yang diperkemas.
BAHAGIAN hadapan dengan rekaan lampu yang diperkemas.
Lizam Ridzuan


SEJAK diperkenalkan pada 2016 di Malaysia, lebih 12,000 unit Mercedes-Benz GLC terjual dan ia adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris untuk jenama itu.

Bagi meneruskan penawaran untuk kenderaan yang menggabungkan ciri pemanduan dinamik, rekaan model dan elemen termaju seperti kokpit untuk laluan off-road, model GLC 300 4Matic Serba Baharu dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Hanya satu varian ditawarkan menerusi import sepenuhnya (CBU) dengan penggayaan AMG Line, lampu hadapan digital, gril corak Mercedes-Benz, bampar hadapan dengan corong kemasukan udara sporty dan diffuser di bahagian belakang.

Untuk lampu belakang, ia bercirikan gaya 3 dimensi (3D) dwibahagian. Rim aloi 20 inci AMG dengan wheel arch lebih gaya lasak menjadikan model ini 'lebih garang'.

Rel bumbung aluminium dan tangga sisi dengan stud rubber pula memudahkan penggunanya untuk keluar masuk.

ELEMEN keselesaan untuk penumpang.
ELEMEN keselesaan untuk penumpang.

Bagi kemasan kabin, ia penuh dengan ciri AMG Line seperti kerusi kulit Artico hitam sebagai ciri standard microcut mikrofiber dan pedal sport AMG.

Ia juga dilengkapi papan pemuka baharu berkonsepkan penerbangan dengan sistem infotainmen bersaiz 12.3 inci untuk pemandu dan 11.9 inci untuk keseluruhan.

GLC 300 4Matic dikuasakan dengan enjin 1,999cc hibrid-ringan 48v serta integrated starter-generator (ISG) generasi kedua.

Ia menjana 258 hp dan tork 400Nm dengan tambahan kuasa motor elektrik sebanyak 23hp dan tork 200Nm.

Transmisi 9G-Tronic pula mampu mendorong model ini untuk mencapai kelajuan maksimum 240 kilometer sejam (km/j).

GLC 300 4Matic dijual pada harga RM429,888 (atas jalan tanpa insurans).

CIRI kabin premium dan mewah.
CIRI kabin premium dan mewah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 7:00 AM