Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Tindakan penduduk meletakkan kenderaan di bahu jalan berhampiran Flat Sri Sabah, Cheras di sini, menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran di Blok 70 pangsapuri itu, hari ini.

Pasukan itu terpaksa meminta bantuan trak tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengeluarkan kenderaan yang menghalang sekali gus membuka laluan untuk kemasukan jentera bomba.

Berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu berlaku pada 9.30 malam tadi, yang membabitkan sekurang-kurangnya enam unit rumah.

PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran enam unit rumah di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras yang terbakar,
PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran enam unit rumah di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras yang terbakar,

Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah dan tingkat lain.

Tinjauan Harian Metro setakat 11.30 malam mendapati api sudah berjaya dipadamkan dan kerja 'overhaul' sedang berjalan.

Difahamkan, kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

ENAM unit rumah di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras terbakar malam tadi. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.
ENAM unit rumah di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras terbakar malam tadi. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.

PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran enam unit rumah di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras yang terbakar,
PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran enam unit rumah di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras yang terbakar,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 11:57 PM