Alias Abd Rani

Batu Pahat: Jenazah Mila Sharmila atau Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, sebentar tadi.

Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Bella, 22.

Terdahulu jenazah tiba di tanah perkuburan pada 5.45 petang sebaik selesai disolatkan di Masjid Jamek Dato Bentara Luar.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan apabila dua anak Bella, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, diberi peluang menatap ibu mereka buat kali terakhir.

Ketika itu kelihatan ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norhisham, 36, tidak mampu menahan sebak sebaik jenazah dimasukkan ke liang lahad.

Bacaan talkin diketuai Imam Masjid Kampung Istana, Abdul Jalil Ali.

Pada 19 Januari lalu, penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di Batu Pahat merungkai kehilangan Bella sejak 14 Disember lalu.

Semalam, debaran keluarga Bella menanti keputusan DNA akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar itu adalah Bella.

Hari ini, teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

JENAZAH Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, sebentar tadi.
JENAZAH Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, sebentar tadi.

Berita berkaitan

Kronologi kes pembunuhan Bella

Dakwaan kononnya Bella mengandung, polis tidak dapat sahkan

'Uncle' selalu pukul, marah 'mummy', kata anak Bella

Polis nafi siasat sambil lewa kes Bella

Cemburu, sakit hati punca pembunuhan Bella

'Saya boleh agak apa berlaku terhadapnya' - Rakan Bella

'Pembunuh, pembunuh!'

Penemuan rangka di rumah terbiar milik Bella?

Bella atau bukan? Identiti masih misteri

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2024 @ 6:17 PM