BERNAMA

Kuala Lumpur: Kes harian Covid-19 dalam negara hari ini merekodkan sebanyak 19,807 kes, menurun sedikit berbanding 22,262 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,555,093 kes.

Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan jangkitan baharu tertinggi dengan 5,379 kes, katanya melalui laman Twitternya.

Selain Selangor, negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,638 kes diikuti Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196).

Sementara itu, sebanyak 999 kes direkodkan di Kuala Lumpur, Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24), dan Labuan (empat).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 4:59 PM