MUZIK video nyanyian Ayda Jebat berjudul Temberang berjaya menduduki tangga pertama carta sohor kini YouTube Malaysia.
MUZIK video nyanyian Ayda Jebat berjudul Temberang berjaya menduduki tangga pertama carta sohor kini YouTube Malaysia.
Najiy Jefri


KURANG 48 jam dilancarkan, muzik video nyanyian Ayda Jebat berjudul Temberang berjaya menduduki tangga pertama carta sohor kini YouTube Malaysia.

Ayda ketika dihubungi menyifatkan kejayaan terbabit sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat senang apabila melihat video Temberang menduduki carta sohor kini di YouTube walaupun tidak sampai 48 jam dilancarkan.

“Diharapkan, lagu ini boleh diterima dan mendapat tempat di hati semua orang,” katanya.

Sehingga kini, klip video arahan Aaron Lee itu meraih sebanyak 375,000 tontonan, termasuk 18,000 tanda suka.

Rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap lagu ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Ayda Jebat itu memandangkan melodi dan liriknya yang mudah diingati.

Versi digital Temberang akan dilancarkan secara rasmi menerusi semua platform digital pada 28 Disember depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Disember 2018 @ 7:44 PM