CENDDRA (kanan) memegang Jalur Gemilang bersama Sharahada Basir (tengah) dan Stellan Julus (kiri) pada Hari Kebangsaan 2017 bertemakan 'Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. FOTO Bernama
CENDDRA (kanan) memegang Jalur Gemilang bersama Sharahada Basir (tengah) dan Stellan Julus (kiri) pada Hari Kebangsaan 2017 bertemakan 'Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. FOTO Bernama

ORANG ramai pelbagai kaum dan usia berduyun-duyun memenuhi Dataran Merdeka untuk bersama barisan kepimpinan negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017, hari ini.

Mereka berada di Dataran Merdeka sejak kira-kira 6 pagi.

Menggunakan MRT, LRT, monorail dan bas, orang ramai termasuk pelancong berpusu-pusu bergerak ke dataran yang bertukar wajah menjadi ‘Stadium Merdeka’.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memimpin Leftenan KDR (B) Oliver Culvelt Samuel (dua, kiri) dan Leftenan KDR (B) Mohamed Sharif Kalam (dua, kanan) iaitu penaik bendera pada malam ambang merdeka 31 Ogos 1957. FOTO Bernama

Sambil mengibarkan Jalur Gemilang, riak ceria dan teruja jelas terpancar pada wajah mereka.

Malah, ramai juga yang bangga mengenakan pakaian bercorak ‘Jalur Gemilang’, membanjiri persekitaran Dataran Merdeka, terutamanya di Jalan Raja Laut, yang menyediakan tempat duduk bertingkat dan skrin gergasi LED yang memaparkan setiap pergerakan acara persembahan.

SEBAHAGIAN peserta Kontinjen Grafik Kuala Lumpur membuat persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. FOTO Luqman Hakim Zubir
SEBAHAGIAN peserta Kontinjen Grafik Kuala Lumpur membuat persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. FOTO Luqman Hakim Zubir

Pasukan pancaragam terbesar yang dianggotai 11 agensi keselamatan dan penguat kuasa negara memulakan persembahan menghiburkan warga Malaysia seawal 7 pagi.

Pasukan pancaragam Victoria Institution pula mengadakan persembahan sisipan di hadapan Menara DBKL.

PEMANDANGAN dari udara suasana menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran Merdeka. FOTO Khairul Helmu Mohd Din
PEMANDANGAN dari udara suasana menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran Merdeka. FOTO Khairul Helmu Mohd Din

Cuaca cerah dan tenang memudahkan pergerakan orang ramai serta hampir 18,000 peserta yang terbabit dalam acara sambutan Hari Kebangsaan kali ini bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

ACARA persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan `Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. FOTO Yusni Ariffin
ACARA persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan `Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. FOTO Yusni Ariffin

Acara menaikkan Jalur Gemilang diiringi nyanyian Negaraku serentak dengan tembakan meriam 14 das.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula melaungkan 'Merdeka' tujuh kali, mengimbas detik bersejarah dilakukan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2017 @ 9:39 AM